Thursday, September 5, 2013

Filled Under:

Mazhab Jabariah

Jabariah muncul di Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, pengasas mazhab ini ialah Jaham Ibnu Safuan yang berasal dari Khurasan. Asal Jabariah ini diambil dari perkataan Al-Jabr atau Jabrun yang membawa maksud digagahi atau tergagah. Mereka berpendapat bahawa manusia dan makhluk itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata atau sepenuhnya. Mereka juga mengatakan tidak ada sedikit pun bagi manusia ikhtiar dan tidak boleh memilih sama sekali. Segala perbuatan baik dan buruk manusia itu bukan atas dasar kehendak diri sendiri dan itu semua adalah dari kehendak Allah. Diantara pendapat mazhab ini ialah seperti :

- Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah.

- Manusia itu tidak mempunyai apa-apa usaha, pilihan atau ikhtiar dalam melakukan semua perbuatan.

- Manusia diibaratkan seperti bulu dan kapas yang boleh ditiup angin ke mana sahaja.

- Syurga dan neraka tidak kekal, kerana yang kekal hanya zat Allah sahaja.

- Al-Quran itu adalah baru.

- Allah hanya mempunyai zat dan tidak mempunyai sifat.

- Allah tidak boleh dilihat pada hari akhirat nanti.

sumber

1 comments:

  1. Manusia di kurniakan Allah kekuatan otak untuk berfikir lalu boleh berusaha dan berikhtiar kemudian barulah bertawakal kepada Allah. Walaupun keizinan dan perkenan hanya dari Allah, namun campurtangan dari manusia itu tadi adalah ikhtiar dan usaha.
    Dalam hal berusaha dan berikhtiar ini TETAP jugalah Allah jugalah yang mengizinkan kejayaannya.

    Wallahualam....

    ReplyDelete

Copyright @ 2013 Fahaman Terpesong.