Tuesday, September 24, 2013

Himpunan Hadis Tentang Syiah

1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56)

2. Diriwayatkan dari Zaid Bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Saidina Hussein dan bapa saudara Ja'far as-Sadiq, bahawa ketika Syiah mengemukakan kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu "Jika engkau berlepas diri daripada Abu Bakar dan Omar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau". Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata "Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada Ali ra "Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun" Kemudian Imam Zaid berkata "Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada Saidina Ali dalam sabdanya itu)". (Nasywan al-Himyari, al-Huuru al-Ain, hal. 185)

3. Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam" (Ahmad, al-Musnad, j.1, hal.103)

4. Imam az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Saidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Haithami bahawa Saidina Ali berkata Rasulullah saw bersabda "Akan muncul didalam umatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam". Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadis ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah saw berkata kepada Ali "Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun. Ali berkata "Aku bertanya Rasulullah saw "Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda "Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburuk-burukkan para Sahabat" (Imam Ibnu Hajar al-Haithami, as-Sawa'iqu al-Muhriqah, hal 102)

5. Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadis ini didalam kitabnya yang bernama "at-Tarikhu al-kabir" dibawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz "Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama" (al-Bukhari, at-Tarikhu al-Kabir, j.1, hal 279-280). Syeikh Ahmad Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang disebutkan oleh Bukhari tadi begini "Agaknya Bukhari tidak memandang hadis ini daif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari perawi-perawinya.

6. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi saw bersabda "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Quran tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ali al-Muttaqi, Kanzu al-Ummal, j.11 hal 324). Selain dari hadis ini, Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadis yang lain berhubung dengan Rafidhah didalam kitab beliau yang tersebut dibawah tajuk "ar-Rafidhah Qabbabahum Allah" (Golongan Rafidhah-Semoga mereka dimurkai Allah)

7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Pernah aku berada disamping Nabi saw bersamanya ada Ali. Nabi saw bersabda (kepada Ali)"Wahai Ali! Nanti akan muncul didalam umatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Hafiz Nuruddin Ali bin Abu Bakr al-Haithami, Majma'u az-Zawaid wa Manba'u al-Fawaid, j.10 hal 22)

8. Hafiz Ibnu Hajar dalam "Ta'jilu al-Manfa'ah"(hal 14) juga mengemukaan hadis di atas dan beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan didalam sanad hadis tersebut (lihat Ta'liq dan Syarah al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, j.2 hal 806)

9. Imam ad-Daraqutni, Ibnu hajar al-haithami dan Imam Ibnu Taimiyyah juga telah mengemukakan hadis diatas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat "as-Sawaa'iqu al-Muhriqah (hal 102) dan "as-Sharimu al-Maslul (hal 582-583)

Sumber : Syiah Rafidhah Diantara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah oleh Muhammad Asri Yusof halaman 36-39

SUMBER

Sunday, September 22, 2013

15 Ciri- Ciri Orang Syiah

Penganut Syiah  di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah  kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Diterjemahkan dari sumber lppimakassar

SUMBER

Monday, September 9, 2013

Wahhabi Di Malaysia !!! Siapakah Tokohnya Yang Sebenar ???

Mengenali Syeikh Muhammad Abdul Wahab

Kertas kerja ini telah dibentangkan pada 10 Julai 1994, di Wacana Tokoh-Tokoh Mujaddid Islam di Universiti Teknologi Malaysia, oleh: Tuan Guru Abdul Qadir Al-Mandeely (Guru di Masjidil Haram Makkah).

Muqaddimah:

Meskipun ilmu pengetahuan telah tersebar luas dikalangan masyarakat Islam dan fikiran umat Islam telah terbuka, namun tidak dapat dinafikan bahawa kesamaran serta syubhat ke atas Syeikh Muhammad Abdul Wahab (SMAW) masih lagi bersarang di dalam fikiran sesetengah umat Islam. Mereka terkeliru dengan dustaan dan fitnah yang dilemparkan oleh orang-orang yang mempunyai tujuan tertentu. Kekaburan itu menjadi bertambah kelam apabila cerita sebenar mengenai SMAW tidak sampai kepada mereka dan ketidakmampuan mereka dalam menilai sesuatu syubahat itu dengan berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Mereka dimomokkan dengan fitnah-fitnah yang menakutkan tentang SMAW sedangkan beliau telah bertungkus lumus di dalam memperjuangkan akidah yang sahih, syariat yang sejahtera dan akhlak yang mulia dengan membersihkannya daripada perkara-perkara bid’ah dan khurafat yang mencemarkan kesucian Islam itu sendiri.

Keadaan mereka menjadi bertambah parah dengan sebab sikap ta’sub dan taqlid buta mereka. Lantas sikap toleransi dan berfikiran terbuka tidak wujud pada diri mereka bagi mendengar serta meneliti kebenaran perjuangan dakwah SMAW. Maka terciptalah segala fitnah-fitnah dan syubahat mengenai SMAW itu seperti fatamorgana yang beralun-alun di padang pasir tatkala panas terik sedangkan apabila dihampirinya, tidak ada satu apa pun yang didapati.

Andaikata seseorang itu mempunyai akal yang bersih daripada syubahat-syubahat tersebut serta cintakan kebenaran, nescaya dia akan mendapati bahawa tuduhan terhadap SMAW itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.Baca Selanjutnya
Oleh itu, kita berharap kepada saudara sekalian agar berfikiran terbuka, bebas daripada bersikap jumud dan permusuhan, sentiasa berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah di dalam meneliti perbahasan bab ini serta sentiasa mempunyai sikap ingin tahukan kebenaran.

Kertas kerja ini adalah langkah asas bagi memperkenalkan kepada masyarakat Islam tentang SMAW dan dakwahnya sekaligus menghapuskan fitnah-fitnah terhadap beliau.

Di dalam kertas kerja ini juga kita akan membicarakan syubahat dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau, dimana perbahasannya adalah berkisar disekitar tiga perkara. Dengan kata lain sekiranya kita meneliti terhadap fitnah-fitnah itu, hanya berlengkar sekitar tiga perkara, iaitu:-

1) Berkenaan Tauhid Uluhiyyah dan furu’nya seperti Istighatah, berdamping kepada yang selain daripada Allah, nazar, sembelih, bersumpah dengan makhluk dan sebagainya.
2) Berkenaan Tauhid Al Asma’ was Sifaat.
3) Ingkarnya terhadap bida’ah maulid, tarikat sufiah dan adat adat yang diada-adakan yang menghina agama Islam itu sendiri.

MOHAMMAD ABDUL QADEER ALMANDEELY
Makkah Al Mukaramah.

Sejarah Ringkas Syeikh Muhammad Abd Wahab

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin At-Tamimi. Dilahirkan di ‘Uyainah yang terletak di sebelah utara Riyadh pada tahun 1115 H. (1703M) dan wafat pada tahun 1206H. Beliau membesar di bawah jagaan ayahnya yang juga merupakan seorang Qadi di ‘Uyainah.

Syeikh Mohammad Abd Wahab telah menghafal Al-Qur’an sebelum mencapai umur sepuluh tahun. Beliau telah mempelajari feqh Hambali, Tafsir dan Hadis daripada bapanya. Sememangnya dari sejak kecil beliau amat menggemari membaca kitab-kitab Tafsir, Hadis dan Aqidah serta lebih banyak menumpukan kepada hasil karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Al-Hafiz Ibnu Qayyim di dalam pembacaannya.

Setelah itu beliau berangkat ke Makkah menunaikan ibadah haji, kemudian terus ke Madinah menziarahi Masjid Nabawi, menziarahi Rasulullah SAW dan para sahabatnya RA. Seterusnya beliau mendalami ilmu agama daripada para ulama Madinah seperti Syeikh Abdullah b. Ibrahim b Saif, Sheikh Ali Afandy Ad Daghastani, Syeikh Ismail Al ‘ Ajluni, Syeikh Abdul Latif Al-‘Afaaqi Al Ahsaai’, Syeikh Muhammad Hayat As Sindi.

Kemudian Syeikh Muhammad Abd Wahab pulang ke Najd dan terus ke Basrah. Beliau tinggal di sana beberapa waktu dan mendalami ilmu agamanya daripada para ulama Basrah seperti Syeikh Muhammad Al Mujmuey dan al ‘Allamah Malla Hamdu Al Jamili. Di dalam perjalanan pulang ke Najd beliau telah berhenti di (al- Ahsaa’) dan menetap belajar dari Syeikh Muhammad b Abd Latif As Syafie.

Ketika pulang ke negerinya, beliau telah melihat kemungkaran, kesyirikan dan kesesatan berleluasa di Negeri Najd, Haramain, Iraq dan lain lain tempat. Sehingga ketika beliau berada di Madinah, beliau telah mendengar orang ber’istighasah ( minta tolong ) dengan Rasulullah SAW dan bukannya dengan Allah SWT. Lalu beliau bertanya kepada Syeikh Hayat As Sindi tentang perkara tersebut, maka dengan segera Syeikh tersebut menjawab : “ Sesungguhnya celakalah mereka dengan apa yang mereka lakukan dan kekarutan yang mereka kerjakan itu.”

Pada tahun 1158H, beliau telah pergi ke Dir’iyyah dan menjadi tetamu kepada Abdul Rahman bin Suwailim dan Ahmad Suwailim. Semasa di sana beliau telah dikunjungi oleh ramai orang bertujuan mempelajari dan mendalami ilmu agama daripada beliau. Kemudian beliau telah bersetuju dengan Muhammad b. Sa’ud Amir Dir’iyyah untuk berjihad di jalan Allah bagi melaksanakan tuntutan “amar ma’ruf dan nahi mungkar” serta menegakkan syariat agama Islam.

Meskipun orang ramai telahpun menaruh minat serta memberi sokongan yang kuat terhadap da’wah SMAW, namun tidak dapat dinafikan bahawa di sana terdapat beberapa golongan yang menentang usaha murni beliau. Sehingga sesetengah orang awam telah terpengaruh dengan dakyah-dakyah golongan yang menentang usaha beliau ini disebabkan :-

1) Pihak penentang beliau telah menulis surat kepada kerajaan Uthmaniyyah bagi meminta bantuan ketenteraan dan mendesak agar Kerajaan Uthmaniyyah menghalangi usaha-usaha dakwah SMAW. Mereka telah menakut-nakutkan pemerintah Kerajaan Uthmaniyyah dengan dakwaan jika Kerajaan Uthmaniyyah tidak campur tangan di dalam masalah ini nescaya kehebatan kerajaan Uthmaniyyah akan hilang dari hati orang Islam. Tidak cukup dengan itu, mereka telah memburuk-burukkan SMAW dengan menaburkan fitnah-fitnah yang dusta, umpamanya mereka menuduh SMAW telah membuat mazhab yang kelima, beliau tidak mencintai Rasulullah,tidak mengasihi para wali dan sebagainya.

2) Golongan Ulama yang hidup mereka hanya bergantung dengan dakyah-dakyah yang membesar-besarkan kubur-kubur dan qubbah-qubbah yang dihiasi dengan pelbagai corak sangat takut dan bimbang dakwah Salafi yang dibawa oleh SMAW. Lalu mereka menentang habis-habisan SMAW demi untuk menjaga sumber rezeki mereka.

3) Sesetengah ulama tidak dapat gambaran yang jelas dan tepat tentang SMAW dan dakwahnya. Mereka sekadar mendengar daripada orang yang berhasad dengki dan memburuk-burukkan SMAW tanpa merujuk terus kepada kitab-kitab karangan SMAW.

Kitab-kitab Karangan Syeikh Muhammad Abd Wahab
Beliau telah mengarang beberapa buah kitab bagi menegakkan ajaran al-Qu’ran dan as-Sunnah serta sekaligus menjelaskan matlamat dakwah beliau. Di antara kitab-kitab tersebut Ialah:

1) Kitab at Tauhid
2) Kasyfu asy Syubhat
3) Thulatha al Usul
4) Mukhtasar as Sirah an Nabawiyyah
5) Al-Qawaid al Arba’
6) Usul al Iman
7) Kitab Mufid al Mustafid fi Kufri Tariq at Tauhid
8) Syurut as Solah wa Arkaanuha
9) Kitab Fadl al Islam
10) Majmu’ Rasail fi at Tauhid wal Iman wa Masail al Jahiliyyah.
11) Kitab at Thoharah
12) Mukhtasar al Insof fi Ma’rifah ar Rajih minal Khilaf
13) Nasihah al Muslimin bi Ahaadith Khatimal Mursalin
14) Kitab Al Kabair
15) Mukhtasar Zaadul Ma’ad
16) Kitab Fadhailul Qur’an
17) Istinbath minal Qur’an
18) Al Hudha An Nabawi
19) Majmu’ as Sawaiq
20) Majmu’ al Hadith ‘ala Abwab al Fiqh
21) Ahaadith al Fitan
22) Mukhtasar al Bukhari
23) Ar Rasail asy Syakhsyiyyah
24)Ikhtisar as Syarh al Kabir
25) Masail al Jahiliyyah dan sebagainya.

Didalam kitab “Unwan al-Majid” telah dinyatakan bahawa ramai ulama-ulama besar ketika itu turut mendalami ilmu daripada SMAW. Keempat empat anak SMAW juga telah menjadi ulama besar hasil didikan beliau. Mereka ialah Husain, Abdullah, Ali dan Ibrahim.

Disamping itu terdapat ramai anak anak murid SMAW yang muncul sebagai tenaga penggerak Dakwah Salafiyah di merata-rata tempat. Kebanyakan mereka telah menjadi qadhi atau mufti di seluruh pelusuk Tanah Arab. Di antara mereka itu ialah:

1) Syeikh Abdul Aziz b. Abdullah Al Husain Al Naasiri
2) Syeikh Sa’id b. Huja’I
3) Syeikh Abdur Rahman b. Naami
4) Syeikh Hamid b. Naasir b. Usman b. Ma’mar
5) Syeikh Ahmad b. Rasyid Al Uraini
6) Syeikh Abdul Aziz Abu Hasan
7) Syeikh Abdul Aziz b. Suwailim
8) Syeikh Hasan b. Aidan dan lain lain lagi.

Masyarakat Najd sebelum Dakwah Syeikh Muhammad Abd Wahab.

SMAW telah mendapati bahawa khurafat dan I’tiqad yang rosak dan bercanggah dengan usul agama yang sahih telah berleluasa didalam negei Najd dan di kawasan kawasan sekitarnya. Masyarakat ketika itu sering berulang alik ke kubur di negeri itu untuk meminta hajat atau meminta agar mereka dilepaskan daripada kesusahan.

Umpamanya di al-Jubailah, mereka berulang alik ke kubur Yazid b. al-Khattab dan merendah diri serta meminta hajat daripadanya. Peristiwa yang lebih ganjil lagi telah berlaku di Negeri Al Mantahah dimana mereka bertawassul dengan “Pokok Tamar Jantan” dimana orang yang belum mendapat jodoh akan berkata: “Wahai bapa sekelian bapa(iaitu pokok tamar jantan), saya mahu berkahwin sebelum dalam tempoh setahun ini”.

Kebanyakan masyarakat Islam ketika itu sentiasa berulang alik ke kubur-kubur yang didakwa sebagai kubur para sahabat dan para wali. Tanpa disedari, meraka telah melakukan upacara ibadat yang tidak selayaknya melainkan kepada Allah seperti bernazar, tawaf, menyembelih, meminta tolong dan sebagainya. Mereka seolah olah tidak mengenal Allah. Apabila ditimpa musibah atau sakit, maka mereka akan menjerit-jerit menangis berdoa’ dan meminta tolong di kubur. Mereka juga seolah-olah tidak pernah mendengar Firman Allah bermaksud :

“Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina dina”. (Al Mu’min : 60)

Hati mereka terikat kuat dengan perkuburan, pokok-pokok dan gua-gua. Diantara faktor yang menyebabkan hati mereka lebih gemar meminta doa kepada selain Allah (menyekutukan Allah) adalah:

1) Penerimaan amalan ini secara warisan daripada bapa dan datuk moyang mereka tanpa meneliti kesahihan amalan tersebut.

2) Tiadanya golongan yang berani bangkit untuk membanteras bida’ah-bida’ah ini dan berusaha untuk mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sahih.

3) Bagi sesetengah golongan, perkara bida’ah merupakan sumber rezeki dan batu loncatan untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan yang mereka inginkan.

4) Kejahilan mereka dengan hakikat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, sehinggakan mereka mencampur-adukkan agama dengan perkara lain atau menggantikannya dengan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

5) Pemimpin dan penguasa tidak memandang berat terhadap persoalan tersebut. Mereka hanya sibuk untuk mengumpul harta.

Justeru itu Syeikh Muhammad Abd Wahab bangkit menentang perkara bida’ah ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Beliau bersungguh sungguh dalam usaha dakwah mengajak manusia kepada mengesakan Allah Ta’ala dalam beribadat, serta beliau berjuang untuk menghapuskan syirik, bida’ah dan kesesatan.

Aqidah Syeikh Muhammad Abd Wahab

Mengenai aqidah SMAW adalah lebih wajar sekiranya kita meneliti dan mengamati tulisan beliau dalam sebuah kitabnya yang menjelaskan pegangan akidahnya. Berkata Syeikh Rahimahullah, “Aku bersaksikan Allah SWT dan sekalian mereka yang hadir bersamaku daripada para malaikat dan kamu semua: “Bahawa aku berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, beriman dengan Allah dan para malaikat, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kebangkitan selepas mati serta qadho qadar samada baik mahupun buruk”.

“Aku beriman dengan Allah, beriman dengan sifat-sifat yang Allah telah sifatkan diriNya dengan sifat-sifat tersebut, sepertimana yang dinyatakan dalam kitabNya dan yang datang melalui lisan RasulNya tanpa Tahrif (mengubah) dan Tamsil (menyerupakan). Bahkan aku beriktiqad bahawa sesungguhnya Allah tidak ada sesuatu yang serupa denganNya dan Dia Maha Mendengar juga Maha Melihat”.

“Aku tidak menafikan apa-apa yang disifatkan bagi DiriNya dan aku tidak mengubah perkataan Allah daripada tempatnya dan tidak mengingkari nama-nama dan ayat-ayatNya. Aku tidak mengetahui kaifiatNya (cara-cara sifat Allah itu) dan aku tidak menyamakan sifat-sifat Allah dengan sifat makhluk. Kerana Allah tiada yang senama bagiNya, tiada seumpama, tiada bandingan dan tidak dikiaskan dengan makhluk. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui tentang diriNya serta lebih benar dan baik perkataanNya”.

“Maka Allah mensucikan diriNya daripada sesuatu yang menyalahi keagungannya, yang disifatkan oleh ahli Takyif (menentukan cara kaifiat) dan Tamsil (menyamakan Allah dengan makhluk) dan daripada sesuatu yang dinafikan oleh ahli Tahrif dan Ta’til (menafikan sifat)” Firman Allah SWT:

“Maha suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan daripada apa yang mereka katakan, dan kesejahteraan dilimpahkan ke atas pada Rasul, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam”. (As Soffat: 180 – 182)

“Golongan yang berjaya (Firqah An Najiah) itu adalah sederhana diantara Qadariyyah dan Jabariyyah di dalam bab Af’al (perbuatan) Allah. Mereka pertengahan di antara Murjiah dan Jahmiah di dalam bab Iman dan agama. Mereka pertengahan diantara Rafidhoh dan Khawarij di dalam permasalahan para sahabat Rasulullah.

“Aku beriktiqad bahawa Al-Quran itu Kalam Allah yang diturunkan dan ianya bukan makhluk. DaripadaNya ia (al-Quran) bermula dan kepadaNya ia kembali. Sesungguhnya Allah SWT berkata-kata dengan secara hakikat (sebenarnya) Allah SWT menurunkannya kepada hamba dan rasul kepercayaanNya (Nabi) melalui jalan wahyu…”

Kemudian di tempat yang lain SMAW menulis: “Aku beriman bahawasanya Nabi kita Muhammad SAW adalah penutup para Nabi dan Rasul. Tidak sah iman seseorang sehinggalah ia beriman kepada risalahnya dan bersaksi dengan kenabiannya”.

Umat Nabi yang paling afdhal adalah Abu Bakar as-Siddik, kemudian Umar al-Faruq, kemudian Usman Zunnurain, kemudian Ali al-Murtadha ( Ali bin Abi Tolib), selepas itu bakinya dari sepuluh orang (yang dijamin masuk syurga) kemudian ahli perang Badar, kemudian ahli as-Syajarah (Bai’atul Ridhwan), lalu diikuti sekalian para sahabat Radhiallahu’anhum.

Aku mengasihi sekalian para sahabat Rasulullah SAW, sentiasa menyebut kebaikan mereka, meminta ampun untuk mereka, menahan diri daripada menyebut keburukan mereka, dan diam di dalam perkara yang diperselisihkan diantara mereka. Aku berkeyakinan dengan kelebihan mereka, sepertimana Firman Allah
Maksudnya:

“Dan orang orang yang datang sesudah mereka, mereka berdoa: “Ya Tuhan Kami! Berilah keampunan kepada kami dan saudara kami yang beriman terlebih dahulu dari kami dan janganlah engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang orang yang beriman, Ya Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Hasyr:10)

“Aku mendoakan keredhaan Allah bagi Ummahatil Mukminin yang bersih daripada setiap kejahatan. Aku mengakui keramat para wali, tetapi mereka tidak berhak sedikitpun dengan sesuatu daripada hak-hak Allah (Ibadah). Aku tidak menyaksikan seseorang dengan syurga mahupun neraka bagi mana-mana muslimin. Kecuali mereka yang telah disaksikan oleh Rasulullah SAW. Tetapi aku berharap kebaikan bagi orang yang berbuat baik dan aku takut azab keatas orang yang berbuat kejahatan. Aku tidak mengkafirkan seseorang Islam dengan sebab dosanya dan aku juga tidak mengeluarkannya daripada golongan Islam”.

Daripada beberapa petikan tulisan SMAW mengenai aqidah di atas, jelaslah kepada kita bahawa aqidah beliau adalah Aqidah Salaf soleh. Ianya juga merupakan pegangan aqidah imam-imam Mazhab dan Muhaddisin (ulama hadis).

Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang intipati perjuangan SMAW adalah wajar bagi kita mendalami hasil karya beliau. Disamping itu, melalui pembacaan dan kajian terhadap buku-buku karya SMAW, kita akan mendapat jawapan yang jelas terhadap fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

Syubahat & tuduhan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab:

Syubahat dan fitnah yang dilemparkan kepada SMAW adalah teramat banyak serta ianya masih lagi bersarang di dalam kepala sesetengah umat Islam. Disini memadailah kita membawa dua atau tiga syubahat keatas SMAW sebagai contoh serta jawapannya. Ianya adalah seperti berikut:

Syubuhat Pertama

Mereka mendakwa bahawa SMAW dan pengikut-pengikutnya membenci Nabi Muhammad SAW, menghina baginda SAW dan para Nabi yang lainnya.

Bagi menguatkan dakwaan mereka, mereka berkata bahawa SMAW telah berkata: “Bahawa Nabi Muhammad SAW seumpama seseorang yang tuli yang diutuskan kepada manusia untuk menyampaikan sesuatu perkara kemudian ia pulang.”

Berkata Alwi Al Haddad dalam kitabnya “Misbah Al An’am” :
SMAW dan para pengikutnya berkata : ” Tongkat saya adalah lebih baik daripada Muhammad kerana ia dapat membunuh ular dan seumpamanya. Sedangkan Nabi Muhammad telah mati dan tidak terdapat manfaat sekali padanya ”.

Manakala Sayed Ahmad Zaini Dahlan pula berkata: “Pengikut SMAW telah melarang daripada berselawat kepada Nabi SAW selepas azan diatas menara, sehinggakan apabila seseorang tukang azan yang buta berselawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas azan lalu ia dibawa kepada SMAW dan dibunuhnya, tidak akan wujud melainkan pada orang-orang Maulid, Yahudi dan Nasrani”.

Bantahan & jawapan Kepada Syubhat Pertama;

Sesungguhnya dakwaan ini adalah fitnah yang keji yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada individu Islam yang berusaha gigih untuk menegakkan al-Quran dan as-Sunnah. Tambahan pula sikap membenci Nabi Muhammad SAW tidak akan wujud melainkan pada diri orang orang Mulhid, Yahudi dan Nasrani.

Sepertimana yang kita telah ketahui, syarat untuk seseorang itu menjadi seorang Islam adalah dengan ucapan dua kalimah syahadat “Bahawasanya aku naik saksi tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”. Bagaimana mungkin seorang yang mengaku dirinya Islam membenci Rasulullah serta melarang berselawat kepadanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah, Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosa kamu”. (Ali Imran ; 31)

Ayat ini mejelaskan kepada kita bahawa adalah syarat bagi seorang hamba yang mendakwa ianya mencintai Allah SWT itu mengikuti RasulNya. Dan mengikuti RasulNya tidak dapat tidak adalah dengan wujud perasaan cinta terhadapnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang itu sehingga adalah aku lebih dicintainya daripada bapanya dan anaknya serta manusia sekaliannya”.

Justeru itu bagaimana mungkin sahnya iman seseorang itu sdangkan dia tidak mencintai rasulullah SAW.

Di samping itu kita harus menyedari bahawa SMAW juga turut menghasilkan kitab “Sirah Nabawiyyah SAW”. Andainya beliau tidak mencintai Rasulullah, nescaya beliau tidak akan mengarang kitab “SIRAH” yang memaparkan kehebatan dan kebesaran rasulullah SAW dari mula baginda dilahirkan hingga wafat.

SMAW adalah ulama yang bermazhab Hambali, mereka berpendapat berselawat ke atas Nabi SAW di dalam tahiyyat akhir adalah fardhu. Solat tidak sah melainkan dengan berselawat ke atas Nabi. Pendapat ini adalah bertepatan dengan pendapat (qaul) kedua imam Syafie, manakala mazhab Maliki dan Hanafi pula menyatakan ianya sunat. Oleh itu bagaimana mungkin kita boleh menuduh orang yang mewajibkan selawat ke atas Nabi SAW di dalam solat itu menbenci Rasulullah SAW.

Adakah mereka itu lupa bahawa selawat ke atas Rasulullah SAW itu adalah merupakan perintah Allah? “sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman! Berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Azhab:50)

Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa berselawat tanpa mengangkat suara selepas azan itu merupakan bid’ah yang berlaku pada tahun 781H, dimana ia tidak pernah berlaku pada zaman para sahabat, tabi’en serta imam yang empat.

Syubahat Yang Kedua

Meraka mendakwa SMAW serta para pengikutnya telah berkata: “Bahawa Nabi Muhammad Saw telah melaknat menghina negeri Najd serta melarang daripada berdoa untuk ahli-ahlinya, telah sabit dalam hadis sahih bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah bagi kami pada negeri Syam dan negeri Yaman kami. Mereka berkata: “dan pada negeri Najd kami”. Bersabda Nabi: “Ya Allah! Berkatilah kami pada negeri Syam kami dan negiri Yaman kami. Mereka berkata: “Dan kepada negeri Najd kami. Maka aku menyangka mereka bersabda pada kali yang ketiga; di sana terdapat gempa dan fitnah dan di sana naiknya tanduk syaitan…. Di dalam hadis yang lain pula: “Kepala kufur dari sebelah matahari naik”.

Muhammad b. Abdul Wahab dilahirkan dan di besarkan di negeri Najd, manakala Nabi Muhammad SAW pula memberitahu di sana terdapat gempa dan fitnah, Maka dakwah SMAW adalah sebahagian daripada gempa dan fitnah. Sesungguhnya telah lahir sebelumnya daripada negeri Yamamah “Musailamah Al Kazzab’ yang mendakwa sebagai Nabi, begitu juga dengan Thulaihah b. Khuwailid Al Asadi. Najd terletak sebelah Timur Madinah.

Bantahan & jawapan terhadap syubahat kedua

Kita tidak menafikan bahawa Hadis yang mereka kemukakan di atas adalah sahih, tetapi ia bukan untuk melaknati negeri Najd Al Yamamah, bahkan kalimah Najd itu disebut bagi setiap tempat yang tinggi atau menonjol daripada permukaan muka bumi. Manakala kawasan yang terletak di timur Madinah adalah Iraq dan bukannya Al Yamamah sepertimana dakwaan mereka.

Telah berkata al-Karmani dalam Syarah Al Bukhari: asal “Najd” Itu adalah sesuatu tempat yang meninggi daripada permukaan bumi dan ia berlawanan dengan tanah rendah”. Ibnu Hajar al-Asqolani pula berkata: “ Telah bersepakat mereka yang telah mensyarahkan hadis dan para imam lughah pada kalimat “Najd” itu bukannya nama bagi negeri yang khusus @ negeri yang tertentu, bahkan ia disebutkan bagi setiap bahagian di muka bumi yang meninggi dan yang menonjol daripada permukaan yang sekitarnya.

Jesteru itu “Najd” di negeri Arab adalah teramat banyak, di antaranya: Najd Al Barq, Najd Ija’, Najd Al Iqab di Damsyik, Najd Yaman, Najd Hijaz dan Najd Iraq yang terletak di sebelah timur Madinah.
Ketika mensyarahkan hadis “Tanduk syaitan itu terbit daripada Najd”, al-Karmani telah berkata: “Ianya adalah permukaan bumi yang tinggi daripada Tihamah hingga kepada negeri Iraq”.

Dari situ jelaslah kepada kita bahawa hadis yang mencela “Najd” di mana terbitnya tanduk syaitan adalah ditujukan kepada Najd Al Iraq dan sekelilingnya.

Telah berkata pengarang “Akmalul Bayan fi Syarhi Hadith Najd ’Qarnul Syaitan’”. Yang dimaksudkan dengan negeri-negeri yang terletak di sebelah timur Madinah Al Munawwarah seperti mana yang tersebut di dalam hadis-hadis itu ialah tempat bermulanya fitnah dan fasad, pusat kekufuran dan ilhad serta tempat terbitnya bida’ah dan kesesatan. Maka lihatlah pada peta Arab dengan pandangan yang teliti, nescaya jelaslah kepada kamu bahawa permukaan bumi yang tinggi di sebelah timur Madinah itu ialah Iraq yang terletak pada Kufah, Basrah dan Baghdad”.

Di antara gempa dan fitnah yang telah berlaku di Najd Iraq itu ialah: peperangan Jamal dan Siffin. Di mana kedua-dua peperangan ini sedikit sebanyak telah meretakkan perpaduan umat Islam dan menjadi sebab munculnya golongan sesat seperti Khawarij dan Syiah serta berlakunya peristiwa kafir mengkafir dikalangan umat Islam ketika itu.

Kemudian berlaku pula pembunuhan Husin b. Ali b. Abi Tolib. Ianya adalah sebesar-besar fitnah yang berlaku kepada umat Islam. Kemudian munculnya al-Mukhtar al-Ubaed al-Thaqafi yang mendakwa menerima wahyu serta berlakunya tragedi pembunuhan Zaid b. Ali b. Husain.

Di sanalah munculnya golongan Mu’tazilah dan Qadariyah serta berlakunya tragedi “fitnatul al-Quran” (Makhluq). Al-Ma’mun telah memaksa umat Islam agar beriktiqad bahawa al-Quran itu Makhluk sehingga membawa kepada pembunuhan Imam Ahmad al-Khazaie’, manakala Imam Ahmad b. Hambal pula diseksa dan dipenjarakan kerana menentang Iktikad yang bathil ini.

Syubahat Yang Ketiga;

Meraka menyatakan bahawa SMAW & para pengikutnya telah melarang daripada membaca kitab: “Dalail al-khairat” dan “Syawariq al-Anwar”. Di mana kitab ini banyak menghimpunkan fadhilah-fadhilah berselawat ke atas Nabi dengan pelbagai lafaz selawat.

Jawapan & bantahan kepada syubahat ketiga;

Kita seharusnya meneliti adakah SMAW melarang daripada membaca selawat @ larangannya kerana kedua-dua kitab tersebut mengandungi kesalahan-kesalahan tertentu?

Seharusnya kita menyedari bahawa kedua-dua kitab ini dipenuhi dengan hadis-hadis yang dhaif dan palsu (maudhu’). Bahkan lafaz-lafaz selawat di dalam kitab itu tidak warid daripada al-Quran & as-Sunnah. Ianya hanyalah ciptaan & rekaan pengarang kitab sahaja.

Pengarang kitab di atas telah menjadikan selawat-selawat itu sebagai hizib yang perlu dibaca pada hari-hari tertentu sepanjang minggu. Sedangkan perbuatan menjuzu’kan selawat serta membahagi-bahagikan selawat mengikut hari adalah bid’ah yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW, para sahabat, tabi’en serta para imam yang muktabar.

Selawat kepada Nabi merupaka ibadah dan perkara ‘Qurbah’ (mendekatkan diri kepada Allah) yang ianya adalah Tauqifiah! Ibadah itu hendaklah berpunca daripada al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya dicipta oleh manusia. Jesteru itu bagaimana mungkin kita menjadikan selawat-selawat yang dihasilkan oleh pengarang kitab tersebut sebagai ibadah kita setiap hari dan sepanjang minggu?

Di sini kita kemukakan contoh hadis yang disandarkan kepada Nabi Muhamad yang terdapat di dalam kitab tersebut. Nabi Bersabda bermaksud: “Tiada seorang hamba yang berselawat kepadaku melainkan keluar selawat daripada mulutnya dengan segera tidak di daratan dan tidak di lautan, tidak di timur dan tidak di barat melainkan lalu selawat itu serta berkata: “Aku berselawatlah Fulan b. Fulan dan ia telah berselawat ke atas Nabi pilihan”. Maka tidak ada sesuatu melainkan berselawat ke atasnya. Dan Allah jadikan daripadanya seekor burung yang mempunyai 70 ribu sayap dan tiap-tiap sayap 70 ribu bulu, dan tiap-tiap bulu 70 ribu muka, dan pada tiap-tiap muka 70 ribu mulut, dan tiap-tiap mulut ada 70 lidah dan setiap lidah itu bertasbih bagi Allah dengan 70 ribu bahasa dan Allah menulis pahala semua itu untuk orang tersebut.”

Jelaslah kepada kita bahawa larangan SMAW daripada mengambil panduan dari kitab “Dalail Al Khairat” dan ‘Syawarariq Al Anwar” adalah berdasarkan kepada beberapa kaedah syarie dan bukannya kerana tidak suka berselawat ke Atas Nabi SAW.

Penutup;

Setelah kita meninjau secara ringkas mengenai SMAW, dakwahnya serta beberapa syubahat yang dilemparkan kepadanya, dapatlah kita membuat gambaran bahawa SMAW adalah merupakan seorang ulama dan tokoh dakwah yang sentiasa berusaha gigih, tidak kenal putus asa, dan bersabar dalam memperjuangkan harapan dakwah tajdid beliau. Dakwahnya terus berkembang sehingga ke Sudan, Jazair, Mesir, India, Yaman, Asia tenggara dan lain-lain lagi.

Perlu juga diingatkan bahawa para penentang beliau sentiasa membangkang usaha-usaha Syeikh Muhamad dengan sebab-sebab politik dan bukannya agama seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Sidi Yusuf di dalam kitabnya “ Al-Fikir As-Saami Fi Al-fiqhi Al-Islami: “bahawasanya orang Turki Apabila merasa bimbang terhadap dakwah SMAW, lalu mereka menyebarkan fitnah-fitnah yang dicipta kepada seluruh dunia Islam dibawah pemerintahannya. Lantaran itu Sultan Maghribi telah menolak perintah atau seruan kerajaan Turki itu kerana mendapati ianya bukanlah masalah agama tetapi adalah masalah politik. Wallahu a’lam.

* Al-fadhil syeikh merupakan orang malaysia pertama yang diberi mandat oleh kerajaan Arab Saudi untuk menyampaikan kuliahnya di Masjidil haram. Malah beliau telah mendapat kerakyatan tetap Arab Saudi.

SUMBER

Friday, September 6, 2013

Asal Usul Fahaman Wahabi

Mazhab Wahhabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya keliru dengan mereka kerena mereka mendakwa mazhab mereka menuruti pemikiran Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah. 

Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan dengan nama `Abd al-Wahhab yaitu bapak dan pengasasnya, al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin boleh dikaitkan dengan nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk menggalakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.`a.w) dengan mereka, dan juga bertujuan untuk menghalang berbagai bentuk eksploitasi (istighlal).[1][2] Bagaimanapun, nama Wahhabi dikatakan ditolak oleh para penganut Wahhabi sendiri dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai golongan al-Muwahhidun[2][3] (unitarians) kerana mereka mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tawhid ke dalam Islam dan kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah. 

Mazhab Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan-kepercayaan dan pendapat-pendapat mereka seratus persen sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad pertama. 

Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal dari kata dasar al-Hasyw iaitu penyisipan, pemasangan dan pemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadits yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadits yang dikaitkan kepada Nabi (s.`a.w) dan para sahabat berdasarkan pengertian dari segi bahasa semata tanpa penilaian semula. Bahkan sekiranya suatu “ hadits “ itu dipalsukan (tetapi orang yang memalsukannya memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik kepadanya), mereka tetap menerimanya tanpa mempedulikan sama sekali apakah ada teks hadits itu sejalan dan selaras dengan al-Qur’an, ataupun hadits yang diakui sahih atau sebaliknya. 

Ahmad bin Yahya al-Yamani (m.840H/1437M) mencatatkan bahawa: “ Nama al-Hasyawiyyah digunakan terhadap orang-orang yang meriwayatkan hadits-hadits sisipan yang sengaja dimasukkan oleh golongan al-Zanadiqah sebagai sabda Nabi dan mereka menerimanya tanpa adanya interpretasi terdahulu, dan mereka juga menggelarkan diri mereka Ashab al-Hadits dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah… Mereka bersepakat mempercayai konsep pemaksaan (Allah berhubung dengan perbuatan manusia) dan tasybih (bahawa Allah seperti makhluk-Nya) dan mempercayai bahawa Allah mempunyai jasad dan bentuk serta mengatakan bahawa Allah mempunyai anggota tubuh … “[3][4] 

Al-Syahrastani (467-548H/1074-1153M) menuliskan bahawa: “ Terdapat sebuah kumpulan Ashab al-Hadith, iaitu al-Hasyawiyyah dengan jelas mengisytiharkan kepercayaan mereka tentang tasybih (iaitu Allah seumpama makhluk-Nya) … sehinggakan mereka sanggup mengatakan bahawa pada suatu ketika, kedua-dua mata Allah kesedihan, lalu para malaikat datang menemui-Nya dan Dia (Allah) menangisi (kesedihan) dengan banjir Nabi Nuh (`a.s) sehingga mata-Nya menjadi merah, dan `Arasy meratap iba seperti suara pelana baru dan Dia melampaui `Arasy dalam keadaan melebihi empat jari di setiap penjuru.”[4][5] 

Definisi dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahhabi yang menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadits atau Ahl al-Hadits dan kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba` al-Sunnah. 

Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi 

Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah satu kampung di Najd di bagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapaknya, `Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadhi. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapaknya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia mempunyai hubungan yang erat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadits dan akidah. 

Pada masa remajanya, Muhammad selalu merendahkan dan mengabaikan syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan saja di Najd bahkan hingga ke Madinah selepas dia kembali dari menunaikan haji. Dia sering mengadakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama, dan dia tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi (s.`a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu. 

Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damaskus. Di Damaskus, dia telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah. 

Dia kembali ke Najd dan kemudian pindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia mampu memenuhi matlamatnya mencegah banyak orang dari melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka dari perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya dari perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir. 

Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu letih berjalan kerena kepanasan sehingga hampir-hampir menemui ajalnya, seorang lelaki (dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berniat untuk ke Syam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa’ dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga. 

Pada tahun 1139H/1726M, bapaknya pindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan dia ikut serta dengan bapaknya dan belajar dengannya tetapi masih meneruskan tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd, yang menyebabkan terjadinya pertentangan dan perselisihan yang berkecamuk di antaranya dan bapaknya di satu pihak dan, di antaranya dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus berlanjut hingga tahun 1153H/1740M apabila bapaknya meninggal dunia.[5][6] Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan akidah-akidahnya yang sesat, menolak dan menepikan amalan-amalan agama yang dilakukan serta menyeru mereka menyertai kumpulannya. 
Sebagian tertipu dan sebagian lagi meninggalkannya hingga dia mengisytiharkan kekuasaannya di Madinah. 

Muhammad kembali ke `Uyainah yang pada saat itu diperintah oleh `Utsman bin Hamad kemudian menerima dan memuliakannya hingga berlakulah ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap orang hendaklah mempertahankan yang lain dengan orang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendukung Muhammad dengan kekuatannya dan Muhammad bin `Abd al-Wahhab pula menyeru manusia mentaati pemerintah dan para pengikutnya. 

Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab mendakwahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah `Uyainah pula mendukungnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah peringatan dan ancaman diantar kepada pemerintah `Uyainah. Pemerintah `Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa dia enggan membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata kepadanya: “ Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd.” Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M. 

Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan kabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan dimateraikan.[6][7] Penduduk Dar`iyyah mendukungnya hingga akhirnya Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau memorandum kesepakatan antar keduanya (`aqd al-Ittifaqiyyah). 

Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kesusahan, mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka … Aku lihat kesempitan hidup mereka pada saat pertama tetapi kemudian aku lihat al-Dar`iyyah setelah itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang banyak dan senjata dibaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain apalagi sumber-sumber kekayaan sehingga lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu diuraikan.” 

“ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di pihak lain, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli … “[7][8] 

Harta yang banyak itu tidak diketahui dari mana datangnya, dan Ibn Basyr al-Najdi sendiri tidak memberikan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya dari serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membagi-bagikannya kepada penduduk Dar`iyyah. 

Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan dari umat Islam yang meninggalkannya. Ada kalanya, dia membagikannya kepada 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima bagiannya dari ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd al-Wahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seperti mu`amalah terhadap kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka. 

Ringkasnya, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut perintah al-Qur’an dan al-Hadits. barangiapa yang tunduk (kepada tawhidnya) akan terpelihara diri dan hartanya dan barangsiapa yang enggan maka dianggap kafir harbi (yang perlu diperangi) sama darah dan hartanya. 

Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq. Mereka merenggut keuntungan yang berlimpah dari kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemauan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan saja.[8][9] 

Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan dibagi-bagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa’ untuk mendapatkan bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas harta -harta mereka.[9][10] 

Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan kesesatannya kembali. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentara yang besar terdiri dari 20 000 orang dan melakukan serangan ganas ke kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana diantara mereka ada berbangsa Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Tentara Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jinayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih, sehingga disebutkan sebanyak 20 000 orang. 

Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (`a.s) yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala’ untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka.[10][11] 

Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun 1216H/1801M. Para penulis Syi`ah bersepakat bahawa serangan dan serbuan itu berlaku pada hari `Ied al-Ghadir dalam memperingati ketetapan Nabi (s.`a.w) mengenai pelantikan al-Imam `Ali bin Abi Talib sebagai khalifah selepas baginda.[11][12] 

Al-`Allamah al-Marhum al-Sayyid Muhammad Jawwad al-`Amili mengatakan:[12][13] 

“ Allah telah menentukan dan menetapkan dengan kebesaran dan keihsanan-Nya dan juga dengan berkat Muhammad dan baginda (s.`a.w), untuk melengkapkan juzuk ini daripada kitab Miftah al-Karamah, selepas tengah malam yang ke-9, bulan Ramadan al-mubarak tahun 1225H/1810M - menurut catatan penyusunnya …” dengan kekacauan fikiran dan kegaluan keadaan, orang-orang `Arab dikelilingi oleh orang-orang dari `Unaizah yang mengucapkan kata-kata puak al-Wahhabi al-Khariji di al-Najaf al-Asyraf dan masyhad al-Imam al-Husayn (`a.s) - mereka telah memintas jalan dan merampas hak milik para penziarah al-Husayn (`a.s) setelah mereka kembali dari ziarah itu pada pertengahan bulan Sya`ban. Mereka membunuh sebagian besar daripadanya, terdiri dari orang-orang `Ajam, diperkirakan 150 orang ataupun kurang …” 

Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan jamaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang yang mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau akidah-akidah mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh badan dan sebagainya. 

Al-Alusi dalam penjelasannya tentang Wahhabi mengatakan: “ Mereka menerima hadits-hadits yang datang dari Rasulullah (s.`a.w) bahawa Allah turun ke langit dunia dan berkata: Adakah orang-orang yang ingin memohon keampunan?”[13][14] Sehingga dia mengatakan: “ Mereka mengakui bahawa Allah ta`ala datang pada hari Qiyamat sebagaimana kata-Nya: “ dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya “ (al-Fajr (89): 23) dan sesungguhnya Allah menghampiri makhluk-Nya menurut kehendak-Nya seperti yang disebutkan: “ dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya “ (Qaf (50): 16). 

Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah bahawa dia menganggap hadits-hadits yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah Rasulullah (s.`a.w) sebagai hadits mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan “ orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup,” dia telah melakukan dosa yang besar. Ini juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut. 

Para pengikut akidah Wahhabi yang batil memberikan tanggapan kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan mengenai Islam - menerusi perhatian dan penelitian kepada kitab-kitab mereka dan mengenali Islam menelusuri bahan-bahan cetakan mereka sendiri - hingga menyebabkan mereka beranggapan bahawa Islam adalah agama yang kaku, beku, terbatas dan tidak dapat berlaku dan sesuai pada setiap masa dan zaman. 

Lothrop Stodard berbangsa Amerika mengatakan: “ Kesan dari itu, kritikan-kritikan telah timbul karena puak Wahhabi berpegang kepada dalil tersebut dalam perkataan mereka hingga dikatakan bahawa Islam dari segi jawhar dan tabiatnya tidak mampu lagi berhadapan dengan perubahan menurut kehendak dan tuntutan zaman, tidak dapat berjalan seiringan dengan keadaan kemajuan dan proses perubahan serta tidak lagi mempunyai kesatuan dalam perkembangan kemajuan zaman dan perubahan masa …”[14][15] 

Penentangan Terhadap Mazhab Wahhabi 

Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan batil awalnya. Tokoh pertama yang mengisytiharkan penentangan terhadapnya adalah bapaknya sendiri, al-Syaikh `Abd al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-Syaikh Sulayman. Kedua-duanya adalah dari mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh Sulayman menulis kitab yang berjudul al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah untuk menentang dan menghantamnya. Di samping itu tentangan juga datang kepadanya dari sepupunya, `Abdullah bin Husayn. 

Mufti Makkah, Zaini Dahlan mengatakan: “ `Abd al-Wahhab, bapak dari al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang saleh dan seorang tokoh ahli ilmu, begitu juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awalnya yaitu ketika Muhammad mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Keduanya telah mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut memperingatkan orang-orang mengenai bahayanya pemikiran Muhammad…”[15][16] 

Dalam keterangan Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa “ bapaknya `Abd al-Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat mengesani tanda-tanda penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang didasarkan kepada perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad terhadap banyak persoalan agama.”[16][17] 

`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Masri mengatakan: “ Orang yang paling kuat menentang al-Syaikh dalam persoalan ini adalah saudaranya, al-Syaikh Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah. Beliau tidak mengakui saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan berkemampuan memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat bahawa para Imam yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan ashab bid`ah, dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga timbulnya ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sehingga diharuskan pula memeranginya kerana alasan tersebut.” 

Al-Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa: “ Sesungguhnya perkara-perkara itu berlaku sebelum zaman al-Imam Ahmad bin Hanbal iaitu pada zaman para Imam Islam, dia mengingkarinya manakala ada di antara mereka pula mengingkarinya, keadaan itu berlanjut hingga dunia Islam meluas. Semua perbuatan itu dilakukan orang-orang yang kamu kafirkan mereka kerananya, dan tiada seorang pun dari para Imam Islam yang menceritakan bahawa mereka mengkafirkan (seseorang) dengan sebab-sebab tersebut. Mereka tidak pernah mengatakan seseorang itu murtad, dan mereka juga tidak pernah menyuruh berjihad menentangnya. Mereka tidak menamakan negara-negara orang Islam sebagai negara syirik dan perang sebagaimana yang kamu katakan, bahkan kamu sanggup mengkafirkan orang yang tidak kafir kerana alasan-alasan ini meskipun kamu sendiri tidak melakukannya…”[17][18]

Thursday, September 5, 2013

Mazhab Jabariah

Jabariah muncul di Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, pengasas mazhab ini ialah Jaham Ibnu Safuan yang berasal dari Khurasan. Asal Jabariah ini diambil dari perkataan Al-Jabr atau Jabrun yang membawa maksud digagahi atau tergagah. Mereka berpendapat bahawa manusia dan makhluk itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata atau sepenuhnya. Mereka juga mengatakan tidak ada sedikit pun bagi manusia ikhtiar dan tidak boleh memilih sama sekali. Segala perbuatan baik dan buruk manusia itu bukan atas dasar kehendak diri sendiri dan itu semua adalah dari kehendak Allah. Diantara pendapat mazhab ini ialah seperti :

- Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah.

- Manusia itu tidak mempunyai apa-apa usaha, pilihan atau ikhtiar dalam melakukan semua perbuatan.

- Manusia diibaratkan seperti bulu dan kapas yang boleh ditiup angin ke mana sahaja.

- Syurga dan neraka tidak kekal, kerana yang kekal hanya zat Allah sahaja.

- Al-Quran itu adalah baru.

- Allah hanya mempunyai zat dan tidak mempunyai sifat.

- Allah tidak boleh dilihat pada hari akhirat nanti.

sumber

Tuesday, September 3, 2013

Sejarah Mazhab Jabariah

Jabariah daripada perkataan jabar (terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.

Jabariah ialah nama golongan yang berfahaman begitu. Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja.

Kesimpulannya, perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifal manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagian daripadanya diciptakan oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara af’al (perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.

Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi. Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham. Dia menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.

Seterusnya golongan Jabariah memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.

Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakan, sedangkan kerana rosak kamu lahirnya beberapa kerosakan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripada kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan.”

Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah, “Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir.

Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir pada abad yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah. Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan, mereka adalah:

AL- JAHMIAH

Pengikut Jaham bin Safuan. Dia melahirkan kesesatannya di Tarmiz. Dia bukan sahaja menaburkan ajaran Jabariah yang meletakkan dosa kepada Allah tetapi juga menambah dengan beberapa kesesatan yang lain, antaranya adalah:

- Menyatakan syurga dan neraka itu binasa kerana tiada sesuatu pun yang kekal abadi.
- Gerak-geri ahli syurga dan neraka itu akan berhenti kerana tiada tiap-tiap yang bergerak itu akan berhenti.
- Iman itu ialah makrifah. Kufur itu ialah jahil mengenai Allah dan hakikat-hakikat Islam. Sekiranya demikian, orang Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Nabi Muhammad boleh dianggap beriman.
- Kalam Allah itu baru bukannya qadim (sependapat dengan Muktazilah).
- Tidak harus berserah segala sifat kepada Allah, harus berserah segala sifatnya kepada hamba.
- Menafikan melihat Allah pada hari kiamat. Menafikan Allah itu berkeadaan yang hidup dan yang mengetahui. Sebaliknya. Allah itu berkuasa mengadakan.

AL- TABARIAH

Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam. Antara ajarannya adalah:

- Bersama dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat ilmu, berkuasa, berkehendak, hidup, mendengar dan melihat.
- Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.
- Kalam Allah itu apabila dibaca menjadi hak dan apabila ditulis menjadi jisim.
- Iman itu ialah membenarkan. Siapa yang mengerjakan dosa besar akan mati dalam keadaan tidak bertaubat. Dia dibalas kerana dosa itu dan wajib dikeluarkan daripada neraka.

AL- DIRARIAH

Pengikut Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah:

- Yang diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad adalah ijmak sahaja. Segala yang diambil daripada Nabi Muhammad secara ahad (tunggal) tidak diterima.
- Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.

Kuliyah Jumaat 04 Mei 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
sumber

Monday, August 26, 2013

Pecahan Mazhab Qadariah


Fahaman Qadariah berpecah kepada dua golongan, mereka adalah:
Al-Khabitiah:
Mereka adalah pengikut Ahmad bin Khabit. Pada mulanya dia adalah pengikut fahaman Muktazilah sebelum beralih kepada fahaman Qadariah. Fahamannya melampau sehingga membawa fahaman tansukh (berpindah roh) dan bertuhankan Nabi Isa. Antara ajarannya adalah:
- Menyatakan alam ini ada dua pencipta. Pertama adalah qadim, iaitu Allah dan yang kedua adalah makhluk, iaitu Nabi Isa. Alasannya Nabi Isa digelar Rahmatullah. Pendapat ini juga diikut oleh Fadhlu al-Hadisi.
- Mereka juga sependapat dengan Fadlu al-Hadisi yang menyatakan maksud Nabi Isa adalah anak Allah bukan bermaksud beliau diperanakkan. Nabi Isa juga akan menghitung manusia pada hari kiamat nanti, dia datang dengan diiringi oleh para malaikat.
- Setiap jenis haiwan itu adalah satu umat dan setiap umat itu ada rasul masing-masing dari kalangan jenisnya.
- Menganut fahaman tanasukh iaitu berpindahnya ruh kepada jasad yang lain. Ia adalah ajaran yang berasal daripada agama Hindu, Greek dan kemudian mempengaruhi agama Kristian.
Apabila mereka menganut dan berpegang dengan fahaman yang disebut di atas maka para sarjana Islam menghukumkan mereka keluar daripada agama Islam.
Al-Hamariah:
Golongan ini pada mulanya menjadi pengikut Jaafar as-Sadiq semasa al-Hasan yang menjadi salah seorang imam mazhab Imamiah masih hidup. Tidak lama kemudian mereka meninggalkan al-Hasan dengan menyatakan, “Kami menguji Hasan dan kami dapati dia tidak mempunyai ilmu. Kami mengikut Hasan tanpa pengetahuan dan makrifah. Oleh itu maka kelayakannya menjadi imam terbatal.” Seterusnya mereka menganut fahaman Qadariah dengan menafikan qadak dengan qadar daripada Allah. Selain itu, mereka juga menganut beberapa fahaman yang lain. Antaranya adalah:
- Mereka mengambil fahaman Abad bin Sulaiman al-Damari yang berkata, “Golongan yang Allah laknat menjadi kera dan babi terus kufur selepas berlakunya kejadian itu.”
- Mengambil fahaman al-Ja’d bin Darham yang menyatakan berfikir itu mewajibkan makrifat. Mereka beralasan makrifat itu adalah perbuatan yang tiada pembuatnya.
- Menyatakan manusia itu boleh menciptakan haiwan. Caranya adalah mengambil daging kemudian membiarkannya di tengah cahaya matahari atau ditanam kedalam tanah. Apabila daging itu menjadi ulat, mereka mendakwa mereka yang menciptanya.

Kuliyah Jumaat 18 Mei 2007
Masjid Rusila, Terengganu

SUMBER

Friday, August 23, 2013

Sejarah Mazhab Qadariah


Mereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada’ dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan. Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu benar. Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, sebahagian kecil umat Islam membincangkan perkara itu lalu mereka dipengaruhi oleh anasir-anasir bukan Islam. Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemahkan buku-buku asing tanpa batasan.
Menurut para sarjana sejarah Islam, antara orang pertama yang menimbulkan fahaman Qadariah adalah:
Ma’abad al- Juhani
Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Ma’abad adalah sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qadar.
Ghilan al-Dimasyqi
Dia mengikut fahaman ini dan meneruskan penyebarannya selepas Ma’abad iaitu pada zaman Umar bin Abdul Aziz. Mendengar fahaman Ghilan, kalifah Umar memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’ i. Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, “Wahai Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan yang benar. Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak mahu bercakap lagi perkara itu.” Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali semula menyebarkan ajarannya. Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’i. Kali yang kedua dia menyerah kalah. Walau bagaimanapun, dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata, “Qadar baik dan jahat itu daripada hamba.” Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Fahaman ini tidak mati dengan matinya Ghilan. Ia masih terus disebarkan di tengah-tengah masyarakat Islam dan berkembang bebas.
Ibnu Nabatat menyebut dalam bukunya Syarah al-Ubun, “Orang yang pertama bercakap dengan fahaman Qadariah adalah orang Nasrani yang memeluk agama Islam dari negeri Iraq. Kemudian dia murtad (keluar Islam) dan kembali pada agama Nasrani.

Kuliyah Jumaat 11 Mei 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

SUMBER

Wednesday, July 17, 2013

Fahaman Mu'tazilah

Di antara umat Islam ada yang menganut fahaman Mu'tazilah. Di antara fahaman Mu'tazilah yang sangat bercanggah dengan fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ialah bahawa Mu'tazilah tidak percaya akan adanya azab dan nikmat kubur.[2] Mereka beranggapan kononnya azab dan nikmat kubur itu tidak rasional dan bercanggah dengan akal yang waras.

          Mereka mendakwa antara lain, bagaimana manusia akan disiksa dan mendapat nikmat di dalam kubur padahal ada manusia yang tidak dikesan kuburnya? Bagaimana dengan mereka yang hancur tubuhnya kerana letupan bom, yang dimakan oleh binatang buas dan hangus terbakar menjadi abu? Semua pertanyaan ini hanya muncul dari orang yang jahil tentang makna alam kubur atau lebih tepat – alam barzakh sebagaimana yang dipaparkan di atas.

          Pengarang kitab al-Irsyad ila Shahih al-I’tiqad, Dr. Salih Fauzan Al-Fauzan berkata:
مَذْهَبُ سَلَفِ اْلأُمَّةِ وَأَئِمَّتِهَا أَنَّ الْمَيِّتَ إِذَا مَاتَ يَكُوْنُ فِى نَعِيْمٍ أَوْ عَذَابٍ. وَأَنَّ ذَلِكَ يَحْصُلُ لِرُوْحِهِ وَبَدَنِهِ وَأَنَّ الرُّوْحَ تَبْقَى

بَعْدَ مُفَاَرَقَةِ الْبَدَنِ مُنْعَمَةٌ أَوْمُعَذَّبَةٌ ، وَأَنَّهَا تَتَّصِلُ بِالْبَدَنِ أَحْيَانًا ، وَيَحْصُلُ لَهُ مَعَهَا النَّعِيْمُ أَوْ الْعَذَابُ
Golongan Salaf Soleh dan para imamnya berpendapat bahawa seseorang bila wafat akan merasakan nikmat atau azab. Yang demikian itu akan dialami oleh rohnya dan badannya bersama-sama. Sesungguhnya roh akan kekal untuk merasakan nikmat atau azab walaupun setelah berpisah dengan badan kerana roh kadangkala berhubungan dengan badan agar bersama-sama merasakan nikmat atau siksaan.

Sumber Asal: HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH : BUKU 1
Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah

Monday, July 15, 2013

Asal Usul Mu'Tazilah

Muktazilah (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam Islam yang terkenal dengan sifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.

Sejarah Perkembangan

Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di Basrah, Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di antaranya mahukan sistem Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan free will dan free act, kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.

Ketika pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat Islam, terutama di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami ajaran Muktazilah yang bersifat rasional dan sarat dengan falsafah. Alasan lain mengapa pemikiran ini kurang mendapat sokongan umat Islam pada saat itu adalah kerana pemikiran ini dianggap tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.
Muktazilah bergantung kepada beberapa aspek pemikiran dari falsafah Islam, Greek dan Helenistik.

Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al Ma'mun sejak kecilnya sudah dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu pengetahuan.

Dan pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal dalam sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak qadim. Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim selain Allah).

Ajaran Asas

Muktazilah mempunyai lima ajaran asas iaitu:

- Al-Tauhid التوحيد:

Muktazilah percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza dari majoriti Muslim dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya selari dengan wahyu dan akal. Contohnya majoriti mazhab dalam Islam menghadapi kesulitan dalam menerangkan sifat Tuhan tanpa menyamakanNya dengan perwatakan manusia (anthropomorphic) atau tidak menerangkan langsung maksud tersebut seperti yang tertulis dalam wahyu. Muktazilah mengatakan sifat Tuhan adalah tidak berbeza dari zatNya. Dengan kata lain, Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui kerana zatNya bukannya kerana Ia mempunyai pengetahuan yang terasing dari diriNya. Konsep Tauhid ini diterangkan dalam hasil kerja cendekiawan Muktazilah, hakim agung Abd al-Jabbar ibn Ahmad.
al-Qur'an ialah makhluk.

- Al-'Adl العدل 

Keadilan Tuhan. Dalam menghadapi masalah kewujudan kejahatan di dunia, Muktazilah percaya kepada free will (kebebasan manusia). Kejahatan dilihat sebagai sesuatu yang berlaku kerana kesalahan manusia dalam melakukan sesuatu. Muktazilah tidak menafikan kewujudan kezaliman ke atas manusia kerana ini terjadi disebabkan manusia itu menyalah gunakan free will (kebebasan) yang diberi Tuhan. Dalam menerangkan hal ini, Muktazilah bergantung kepada doktrin taklif - iaitu hidup ini adalah ujian Tuhan kepada manusia yang diberikan akal fikiran untuk memilih yang baik dan buruk.

Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang mereka perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di dunia. Sekiranya mereka ini menyalah gunakan akal fikiran yang diberi Tuhan, mereka akan dihukum di neraka. Ini kerana Tuhan telah bersikap adil dalam menjelaskan jalan yang lurus dan jalan yang sesat dalam kitab suciNya.

- Al-Wa'd wa al-Wa'id الوعد و الوعيد 

Janji dan amaran. Mereka berpendapat Tuhan tidak akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada muslimin yang baik dan memberi azab seksa pada muslimin yang jahat pada hari Kiamat nanti.

- Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn

Posisi pertengahan. Pendapat ini dicetuskan Wasil ibn Ata yang membuatnya berpisah dari gurunya Hasan al-Basri, bahwa mukmin berdosa besar dan tidak bertaubat, dia bukan mukmin (beriman) tetapi juga bukan kafir (tidak beriman), statusnya boleh dipanggil fasik. Mereka ini boleh dikebumikan sebagai Muslim, didoakan dan mengahwini Muslim. Hanya Tuhan yang akan menentukan di neraka mana mereka ditempatkan kerana neraka itu mempunyai banyak tingkat untuk semua golongan.
Imam Hasan al-Basri berpendapat muslim berdosa besar masih seorang mukmin sementara golongan Khawarij mengatakan mereka kafir.

- Al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر

menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran. Menyeru kebaikan terdapat dua jenis, satu yang wajib seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila seseorang meninggalkannya (dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila) apabila seseorang meninggalkannya (tarakaha). Dan bagi melarang kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih). Jika boleh, melarang kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau menjadikan kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan matlamat supaya kemungkaran itu tidak berlaku langsung.

Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama’-ulama’ ahli as-sunnah wal-jamaa’h. Di mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa.

SUMBER

Saturday, July 13, 2013

Aliran- aliran Syiah

Syiah Al-Mukhlashin

Iaitu kelompok Syiah ketika Ali bin Abu Thalib menjadi khalifah telah ada, mereka ini terdiri dari kalangan muhajirin dan ashar yang mendukung Ali bin Abu Thalib sebagai khalifah, mereka tidak mengkafir, mencaci, menghina, dan membenci sahabat, mereka juga berpegang teguh dengan ajaran Allah dan rasulNya secara utuh dan tidak membuat ajaran sendiri, tidak menambah, mengurangi, mengubah, atau memalsukan ajaran Islam.

Syiah Tafdliliyah

Iaitu kelompok Syiah yang sepenuhnya mendukung Khalifah Ali bin Abu Thalib sebagai khalifah, melebihi sahabat Nabi SAW. lainnya. Namun mereka juga tidak mengkafirkan, mencaci, menghina, atau membenci para sahabat Nabi SAW., seperti Abu Bakar, Umar, dan Utsman.

Syiah As-Sab'iyah

Kelompok Syiah ini juga disebut Syiah At-Tabri'iyah. Kelompok Syiah ini mengkafirkan, mencaci, dan menghina sahabat, seperti Abu Bakar, Umar, dan Utsman. Mereka berlebihan dalam memuji Ali dan membelanya dan bahkan ada yang menganggap bahwa Ali bin Abu Thalib adalah nabi, ada pula yang mengatakan bahwa Ali bin Abi Thalib adalah Tuhan.

Syiah Ghulat

Iaitu kelompok Syiah yang mengatakan secara terang-terangan bahwa Ali bin Abu Thalib adalah Tuhan, bahkan Al-Jahd mengatakan bahwa roh Allah adalah roh Ali bin Abu Thalib. Kelompok Syiah ini pecah menjadi 24 golongan.

Pecahan Syiah

Berpangkal dari empat kelompok besar tersebut, Syiah pecah menjadi puluhan bahkan ratusan golongan, dan tiap-tiap golongan mempunyai ajaran yang kadang-kadang berbeza akidah dan syariatnya antara satu dengan yang lainnya. Ada yang jauh dari ajaran Islam dan ada yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam secara utuh, ada pula yang mencampur adukkan antara ajaran Islam dengan ajaran para imam mereka. Selain itu, tidak semua kelompok Syiah dapat berkembang hingga kini, hanya ada beberapa kelompok sahaja yang masih wujud, seperti Syiah Imamiyah. Sebagai contoh adanya perpecahan di dalam Syiah adalah perpecahan Syiah Saba'iyah dan Syiah Ghulat.

Syiah Ghulat

Syiah Ghulat adalah kelompok Syiah yang berlebihan dalam memuja Saidina Ali bin Abu Thalib, bahkan menganggapnya sebagai Tuhan dan roh Allah adalah roh Ali. Kelompok Syiah ini pecah menjadi 24 golongan.

Syiah Saba'iyah

Adalah kelompok Syiah yang diketuai oleh Abdullah bin Saba', salah seorang Yahudi yang mengaku pura-pura masuk Islam. Mereka menganggap bahawa Ali bin Abu Thalib adalah Tuhan, bahkan pada saat Ali r.a. wafat ia mengatakan bahwa Ali bin Abu Thalib belum meninggal dan tidak akan meninggal.

Syiah Al-Mufadliliyah

Iaitu kelompok Syiah yang dipimpin oleh Mufadlal as-Saifary. Mereka berkeyakinan bahawa amir atau imam atau khalifah darjatnya sama dengan darjat nabi, mereka mempunyai autoriti ketuhanan.

Syiah As-Sarighiyah

Iaitu kelompok Syiah yang sefahaman dengan Syiah Al-Mufadliliyah.

Syiah Al-Bazi'iyah

Iaitu kelompok Syiah di bawah pimpinan Bazi' bin Yunus, mereka meyakini bahwa Imam Ja'far ash-Shadiq adalah Tuhan.

Syiah Al-Kamiliyah

Iaitu kelompok Syiah yang dipelopori oleh Abu Kamil. Mereka meyakini bahawa orang yang telah meninggal dunia rohnya dapat berpindah-pindah kepada orang lain.

Syiah Mughayiriyah

Iaitu kelompok Syiah pimpinan Mughirah bin Sa'id al-Ajaly. Mereka yakin bahawa Allah berjasad dan wujud sebagai seorang lelaki.

Syiah Jinahiyah

Syiah kelompok ini dipimpin oleh Abdullah bin Mu'awiyah bin Abdullah bin Ja'far Dzil Janahaini. Mereka berkeyakinan bahwa roh manusia dapat berpindah-pindah dan pada mulanya roh Allah adalah Nabi Adam.

Syiah Al-Bayaniyah

Iaitu kelompok Syiah pimpinan Bayan bin Sam'an at-Tamimi. Mereka berkeyakinan bahawa Allah sama seperti manusia.

Syiah Al-Manshuriyah

Iaitu kelompok Syiah pimpinan Abu Manshur al-Ajaly. Mereka berkeyakinan bahawa kenabian dan kerasulan tidak terputus selamanya.

Syiah Al-Ghamamiyah

Syiah Al-Ghamamiyah juga dikenali sebagai Syiah Ar-Rabi'iyah. Mereka yakin bahawa, Allah akan turun ke bumi setiap musim semi dalam keadaan terhalang oleh awan dan berputar-putar mengelilingi dunia kemudian naik ke langit lagi.

Syiah Al-Imamiyah

Iaitu kelompok Syiah yang menganggap bahawa kedudukan imam atau amir atau khalifah sama dengan nabi, mereka berhak untuk membuat ajaran atau syariat. Syiah inilah yang berkembang dan telah tersebar ke pelbagai negara, termasuk di Indonesia, Malaysia, Singapura, dan lain-lain, lebih-lebih di Timur Tengah dan khususnya di Iran yang merupakan asal perkembangan Syiah Imamiyah.

Syiah At-Tafwidliyah

Iaitu kelompok Syiah yang beranggapan bahawa Allah menciptakan Nabi Muhammad saw kemudian memerintahkan-Nya menciptakan isinya.

Syiah Khattabiyah

Iaitu kelompok Syiah pimpinan Abu Khattab al-Asady. Mereka berkeyakinan bahawa para imam atau amir mereka adalah nabi.

Syiah Al-Ma'damariyah

Iaitu Syiah kelompok Al-Ma'mar. Mereka berkeyakinan bahwa Imam Ja'af ash-Shadiq adalah nabi.

Syiah Al-Ghurabiyah

Iaitu kelompok Syiah yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW memunyai iras seperti Ali bin Abu Thalib, laksana burung gagak dengan burung gagak. Dan, pada saat Allah mengutus malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu kepada Ali bin Abu Thalib salah alamat kepada Muhammad SAW kerana raut wajahnya yang sama, sehingga Jibril tidak dapat membezakannya, maka jadilah Nabi Muhammad saw. sebagai nabi yang seharusnya adalah Ali yang menjadi nabi.

Syiah Zubabiyah

Adalah kelompok Syiah bahagian Syiah Al-Ghurabiyah, hanya mereka mengatakan dan meyakini bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan kenabiannya bukan kerana Jibril salah ketika memberi wahyu, tetapi memang Nabi Muhammad yang diutus oleh Allah sebagai nabi dan bukan Ali.

Syiah Adz-Dzammiyah

Iaitu kelompok Syiah yang selalu mencaci dan menghina Nabi Muhammad SAW, kerana menurut mereka yang berhak menjadi nabi adalah Ali bin Abu Thalib dan bukan Nabi Muhammad SAW.

Syiah Al-Itsniyaniyah

Kelompok Syiah ini termasuk Syiah Adz-Dzammiyah, bezanya Syiah ini menganggap bahawa Nabi Muhammad saw. adalah Tuhan dan bukan nabi.

Syiah Al-Khamsiyah

Iaitu kelompok Syiah bahagian Syiah Dzammiyah, mereka menganggap bahwa Nabi Muhammad SAW, Ali bin Abu Thalib, Fatimah, Hasan, dan Husein adalah Tuhan.

Syiah An-Nusairiyah

Iaitu kelompok Syiah yang berkeyakinan bahawa Allah menyerupai Ali bin Abu Thalib dan anak-anaknya.

Syiah Al-Ishaqiyah

Iaitu kelompok Syiah yang berkeyakinan bahwa roh Tuhan kepada Ali bin Abu Thalib, namun mereka berselisih faham, setelah Ali meninggal dunia roh Tuhan menyerupai siapa saja.

Syiah Al-Albaiyah

Iaitu kelompok Syiah pimpinan Al-Ba' bin Arwa' al-Asady. Mereka berkeyakinan bahawa amir atau imam mereka adalah Tuhan dan darjatnya sama dengan Tuhan dan bahkan lebih tinggi daripada nabi.

Syiah Ar-Razamiyah

Iaitu kelompok Syiah yang dipimpin oleh Muhammad bin Al-Hanafiyah dan setelah meninggal digantikan oleh putranya, kemudian diganti oleh Ali bin Abdullah bin Al-Abbas, kemudian diganti oleh putranya Abu Al-Manshur. Mereka berkeyakinan bahawa Allah menyerupai Abu Muslim, dan meyakini bahwa Abu Muslim tidak akan meninggal dunia selama-lamanya.

Syiah Al-Muqannaiyah

Iaitu kelompok Syiah yang dipimpin oleh Al-Muqanna'. Para pengikutnya meyakini bahwa Al-Muqanna' adalah Tuhan, setelah meninggalnya Al-Husain.

Sumber: Mengenal Aliran-Aliran Islam dan Ciri-Ciri Ajarannya, Drs. Muhammad Sufyan Raji Abdullah, Lc

Buku Mengenal Aliran-Aliran Islam dan Ciri-Ciri Ajarannya oleh Drs. Muhammad Sufyan Raji Abdullah, Lc telah diterbitkan oleh penerbit LPPI Riyadhus Shalihin, Jln. Curug Cempaka Blok III, No. 97, Jatiwaringin, Pondok Gede, Telp. (021) 8618791, Jakarta) Al.islam.or.id

SUMBER

Sunday, June 16, 2013

Asal Usul Syi’ah

Kebanyakan ahli sejarah berbeza pendapat tentang permulaan Syi’ah yang sebenarnya. Yang diketahui umum, Syi’ah adalah puak yang mendokong Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. dalam pertelingkahannya dengan Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a.

Namun tidak bermakna pengikut Ali itu syi’ah dan pengikut Mu’awiah itu Sunnah. Tiada seorangpun yang bersetuju dengan kenyataan ini. Malah, semua ahli sunnah yakin bahawa dalam perselisihan yang berlaku antara dua sahabat besar itu, kebenaran berada di pihak Ali. Dan Mu’awiah, beliau telah berijtihad. Namun ijtihadnya tidak menepati kebenaran. Jelas bahawa fikrah ahli sunnah adalah memihak kepada Ali. Begitu juga prinsip-prinsip akidah dan fikrah yang dipegang oleh syi’ah bukan daripada fikrah dan prinsip akidah Ali bin Talib sama sekali. Justeru kita tidak boleh berkata bahawa syi’ah bermula pada zaman ini.

Terdapat ahli sejarah yang berkata bahawa permulaan syi’ah adalah selepas syahidnya Husain bin Ali r.a.
Pendapat ini memang berasas. Husain telah keluar dari pemerintahan (tidak mengiktiraf kekhalifahan) Yazid bin Mu’awiah. Beliau berangkat menuju ke Iraq apabila beliau dipanggil oleh sebahagian penduduknya dan berjanji akan membantunya. Namun di saat-saat akhir, mereka telah memungkiri janji. Itulah yang menjadi punca syahidnya Husain.

Setelah Husain syahid, sebahagian mereka yang mengajaknya keluar telah menyesal. Mereka bertekad untuk menghapus dosa-dosa mereka dengan mengisytiharkan diri keluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Pertempuran pun berlaku, sebahagian mereka terbunuh. Mereka inilah dikenali sebagai syi’ah. Lantaran itulah kita lihat hubungan mereka dengan Husain lebih rapat berbanding hubungan mereka dengan Ali sendiri. Pada hari ini, kita semua lihat mereka mengadakan upacara memperingati kesyahidan Husain, tetapi tidak ada sebarang upacara memperingati kesyahidan Ali.

Sungguhpun begitu, kelahiran golongan ini tidak lain hanyalah suatu gerakan politik menentang pemerintahan Bani Umayyah. Mereka tidak mempunyai prinsip-prinsip akidah atau mazhab fiqhiyyah yang berlawanan dengan ahli sunnah. Bahkan kita dapati para pemimpin angkatan pertama yang didakwa oleh orang-orang syi’ah sebagai imam-imam mereka adalah pendokong-pendokong sunnah. Semua tutur kata mereka adalah berlandaskan akidah sunnah dan prinsip-prinsipnya.
Keadaan pemberontakan boleh dikatakan reda seketika selepas beberapa bulan syahidnya Husain. Tidak lama kemudian muncul Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali r.a. Beliau merupakan antara manusia terpilih, ulamak yang zuhud. Tidak terdapat langsung kesan-kesan atau tanda-tanda perbezaan akidah dan fikrah yang dibawanya dengan apa yang dipegang oleh para sahabat dan tabi’in.
Terdapat di kalangan anak-anak Zainal Abidin dua tokoh yang sangat hebat dan sangat tinggi darjah kewarakan dan ketaqwaan mereka. Mereka adalah Muhammad al-Baqir dan Zaid. Fikrah mereka berdua juga sama sepenuhnya dengan ulamak sunnah dari kalangan sahabat dan tabi’in. kalau pun ada perbezaan hanyalah pendapat Zaid yang melihat Ali bin Talib lebih utama menjadi khalifah daripada Abu Bakar as-Siddiq. Pendapat ini, meskiupun bercanggah dengan ijmak dan bercanggah dengan hadis-hadis yang tidak terhitung banyaknya mengenai kelebihan Abu Bakar, Umar dan Uthman, namun ia bukanlah perselisihan dari segi akidah. Zaid mengiktiraf kelebihan tiga khalifah terdahulu, tetapi dia berpendapat Ali lebih afdhal. Dia juga berpendapat harus melantik khalifah di kalangan mereka yang kurang afdhal. Dengan itu beliau tidak menafikan kepimpinan (imamah/kekhalifahan) Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dalam nuktah yang lain daripada ini, beliau selari dengan ahli sunnah; akidah, fekah dan prinsip-prinsipnya.

Zaid meneruskan tradisi datuknya dalam menentang khilafah bani Umayyah. Penentangan beliau telah berlaku di zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik dan telah berakhir dengan beliau mati terbunuh pada tahun 122 H.

Selepas kematiannya pengikut-pengikutnya mengasaskan mazhab yang terbina di atas fikrahnya dikenali sebagai Zaidiyyah, iaitu nisbah kepada namanya Zaid bin Ali. Mazhab ini, sekalipun tersenarai di dalam mazhab syi’ah tetapi ia selari dengan ahli sunnah dalam semua aspek kecuali dalam bab mengatakan Ali lebih utama daripada tiga khalifah ar-rasyidin sebelumnya. Pengikut mazhab ini bertaburan di Yaman. Mereka adalah puak syi’ah yang paling dekat dengan sunnah. Boleh dikatakan hampir tiada perbezaan dalam kebanyakan perkara.
Perlu disebutkan bahawa di sana terdapat satu golongan dari pengikut Zaid bin Ali yang bertanya pendapatnya mengenai Abu Bakar dan Umar. Maka dia mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua. Para pengikutnya yang bertanya tadi tidak dapat menerima pendiriannya. Mereka enggan memohon rahmat ke atas Abu Bakar dan Umar. Lalu mereka memisahkan diri dari menjadi pengikut Zaid. Golongan ini dikenali sebagai ar-rafidhah (orang yang menolak) kerana mereka menolak kepimpinan Abu Bakar dan Umar dan menolak pendapat Zaid tentang kepimpinan kedua-dua tokoh besar itu. Dan dari golongan inilah yang menjadi pengasas Mazhab al-Ithna ‘Asyariyyah, iaitu Mazhab Syi’ah yang terbesar.
Muhammad al-Baqir, saudara kepada Zaid bin Ali yang meninggal dunia sebelum Zaid selama lapan tahun, iaitu pada tahun 114H telah meninggalkan sseorang anak yang alim dan hebat, iaitu Jaafar as-Sadiq. Dia merupakan salah seorang ulamak yang berpengaruh, seorang faqih yang sangat pintar. Semua pandangannya adalah selari dengan akidah sahabat, tabi’in dan seluruh ulamak muslimin.

Di akhir pemerintahan Bani Umayyah, gerakan ‘Abbasiyyah bangkit dengan cergas. Gerakan ini berusaha mengumpul manusia untuk melakukan rampasan kuasa dari khalifah Bani Umayyah. Gerakan ini menjalinkan kerjasama dengan golongan yang berpecah dari Zaid bin Ali. Akhirnya khalifah Bani Umayyah digulingkan pada tahun 132H dan terbangunlah khilafah al-‘Abbasiyyah dengan dipimpin oleh Abi al-‘Abbas as-Saffah, kemudian Abi Jaafar al-Mansur. Golongan yang berpecah dari Zaid yang telah bekerjasama menjatuhkan khilafah Umayyah berasa keciwa kerana mereka mahukan kepimpinan dipegang oleh salah seorang dari kalangan cucu cicit Ali bin Abi Talib. Maka mereka bangkit semula untuk menggulingkan khilafah ‘Abbasiyyah dengan membentuk satu jamaah yang dikenali sebagai Talibiyyin (nisbah kepada Ali bin Abi Talib) sebagai saingan kepada puak yang dinisbahkan kepada al-‘Abbas bin Abdul Muttalib.

Sampai ke saat ini tidak terdapat sebarang perbezaan dari segi akidah dan fiqah kecuali dalam isu Abu Bakar dan Umar. Golongan ini, iaitu yang terpisah dari Zaid bin Ali menolak mereka berdua (Abu Bakar dan Umar), malah secara terang-terangan melaknat mereka berdua.
Tahun 148H Jaafar as-Sadiq meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang putera bernama Musa al-Kazim. Musa al-Kazim juga seorang yang alim, tetapi tidak sampai ke taraf ayahnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 183H dengan meninggalkan beberapa orang anak. Antara mereka adalah Ali bin Musa ar-Ridha.

Khalifah al-‘Abbasiyyah yang terkenal, iaitu al-Ma’mun mahu mententeramkan fitnah at-Talibiyyin yang menuntut jawatan ketua untuk cucu cicit Ali bin Abi Talib. Beliau melantik Ali bin Musa ar-Ridha sebagai putera mahkota. Perlantikan ini telah mengundang bantahan yang meluas di kalangan ‘Abbasiyyin. Tetapi Ali ar-Ridha tiba-tiba mati secara mengejut. At-Talibiyyun menuduh al-Ma’mun telah membunuhnya. Maka sekali lagi timbul pemberontakan demi pemberontakan ke atas al-‘Abbasiyyin sebagaimana mereka telah lakukan ke atas Umawiyyin.

Tahun demi tahun berlalu. Akar umbi pemberontakan secara relatifnya kelihatan tenang. Dan sehingga waktu ini belum kelihatan suatu aliran keagamaan yang berlainan yang dinamakan mazhab syi’ah. Yang ada hanyalah gerakan politik yang bertujuan untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dan menentang pemerintah sedia ada kerana beberapa sebab. Namun tidak ada satupun di antara sebab-sebab yang banyak itu sebab berkaitan dengan akidah yang menjadi pegangan mazhab syi’ah sekarang.

Apa yang menarik perhatian, suara-suara mengajak keluar dari pemerintahan ‘Abbasiyyin telah tersebar begitu meluas di wilayah Parsi (Iran sekarang). Kebanyakan penduduk di daerah ini telah sekian tahun mengalami kekeciwaan kerana kejatuhan kerajaan dan raja negara Parsi yang agung. Ia telah jatuh ke tangan umat Islam dan telah menjadi sebahagian daripada empayarnya. Mereka beranggapan bahawa bangsa mereka lebih tinggi keturunannya, lebih mulia darah dagingnya, lebih mendalam tunjang sejarahnya daripada kaum muslimin. Kerana itu, muncul pula sebuah gerakan yang dinamakan asy-Syu’ubiyyah, iaitu dinisbahkan kepada suatu bangsa tertentu, bukan kepada Islam. Sebahagian mereka menzahirkan kecintaan yang berakar umbi kepada Parsi dengan segala elemen yang ada padanya termasuk api yang menjadi sembahan mereka.

Mereka sedar bahawa secara bersendirian mereka tidak akan mampu menjatuhkan kerajaan Islam, dan mereka sendiri telah menjadi muslim sejak bebarapa dekad yang lalu. Maka mereka melihat pemberontakan yang dilakukan oleh Talibiyyin sebagai satu peluang bagi memenuhi hasrat mereka. Mereka akan bergabung dengan Talibiyyin untuk menggulingkan khilafah islamiyyah yang telah menjatuhkan negara mereka sebelum ini. Pada masa yang sama mereka tidak akan meninggalkan agama Islam yang mereka telah anuti bertahun-tahun lamanya, tetapi mereka akan menyelewengkannya dengan mencampur adukkan saki baki tradisi negara Parsi yang lalu. Mereka akan menyuntik ke dalamnya apa-apa yang boleh menjamin berterusannya suasana tidak stabil di kalangan umat Islam. Mereka tidak akan memainkan peranan sebagai pucuk pimpinan, sebaliknya mereka akan berselindung di sebalik Talibiyyin yang bernasabkan Ali bin Abi Talib yang merupakan sebahagian dari Ahli Bait Rasulullah s.a.w. Ahli Bait memang mendapat tempat di hati orang ramai. Dengan cara itu dakwah mereka akan berterusan.

Demikianlah bersatunya gerakan Syu’ubiyyin Parsi dengan puak Talibiyyin dari kalangan Ahli Bait. Kesatuan ini membentuk suatu susuk yang baru yang berkembang menjadi sebuah organisasi yang berdiri sendiri, bukan sahaja bercorak politik semata-mata, malah bercorak keagamaan juga.

Kembali kepada silsilah keturunan Talibiyyin, kita dapati setelah kewafatan Ali ar-Ridha yang dipilih oleh al-Ma’mun sebagai putera mahkota, muncul anaknya Muhammad al-Jawad. Kemudian Muhammad al-Jawad meninggal dunia pada tahun 220H. Muncul pula selepasnya anaknya yang bernama Ali bin Muhammad al-Hadi. Ali meninggal pada tahun 254H. muncul anaknya al-Hasan bin Ali yang mendapat gelaran al-‘Askariy. Beliau mati secara mengejut pada tahun 260H. Baliau tidak mempunyai anak kecuali seorang yang masih kecil berusia lima tahun, bernama Muhammad.

Dalam tempoh beberapa tahun berlalu, gerakan pemisah yang merupakan gabungan sekumpulan ahli bait dan sekumpulan syu’ubiyyin Parsi, mereka menyerahkan pucuk pimpinan kepada anak sulung kepada pemimpin Talibiyyin, bermula dari Ali ar-Ridha dan berakhir kepada al-Hasan al-‘Askariy. Adapun pemimpin sebelum Ali ar-Ridha seperti ayahnya Musa al-Kazim atau datuknya Jaafar as-Sadiq atau moyangnya Muhammad al-Baqir, tidak pernah memimpin mana-mana gerakan pemberontakan, sama ada ke atas pemerintahan Umawiy atau ‘Abbasiy.
Semasa kematian al-Hasan al-‘Askariy pada tahun 260H, puak pemberontak berada dalam kebingungan; siapakah yang akan dilantik sebagai pemimpin mereka? Al-Hasan al-‘Askariy hanya meninggalkan seorang anak yang masih kecil. Keadaan bertambah kusut apabila anak yang kecil ini ikut meninggal dunia secara tiba-tiba. Keadaan ini menjadikan puak pemberontak berpecah kepada beberapa kelompok yang sangat banyak. Setiap kelompok berbeza antara satu sama lain dari semua sudut: fikrah, syari’ah dan akidah.

Kumpulan yang paling masyhur dari kalangan kelompok ini adalah al-Ithna ‘Asyariyyah. Inilah kelompok yang wujud sekarang di Iran, Iraq dan Lubnan. Dan inilah kelompok syi’ah yang paling besar pada masa kini.

Para pemimpin golongan ini mula menempelkan kepada Islam perkara-perkara yang bersesuaian dengan situasi yang mereka hadapi waktu itu dan perkara-perkara yang menjamin kelangsungan gerakan mereka, khususnya di kala ketiadaan pemimpin bagi kumpulan mereka
Sesungguhnya mereka telah menokok tambah ke dalam agama Islam perkara-perkara bid’ah yang sangat berbahaya. Mereka mendakwa apa yang ditokok tambah itu merupakan bahagian yang tidak terpisah dari Islam. Dan bid’ah-bid’ah itu akhirnya menjadi akidah yang membentuk susuk tubuh mereka. Antara bid’ah itu ada yang secara khusus berkaitan dengan imamah (kepimpinan dalam agama). Mereka mahu menyelesaikan masalah ketiadaan pemimpin pada masa itu, maka mereka berkata pemimpin hanyalah 12 orang sahaja. Pemimpin-pemimpin itu secara tertibnya adalah terdiri dari:
1. Ali bin Abi Talib
2. Al-Hasan bin Ali
3. Al-Husain bin Ali
4. Ali Zainal Abidin bin al-Husain
5. Muhammad al-Baqir bin Zainal Abidin
6. Jaafar as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir
7. Musa al-Kazim
8. Ali ar-Ridha
9. Muhammad al-Jawad
10. Ali al-Mahdi
11. Muhammad al-Mahdi
12. Al-Hasan al-‘Askariy

Dari sini kumpulan ini dikenali sebagai al-Ithna ‘Asyariyyah. Dan untuk memberikan pentafsiran terhadap berakhirnya imam-imam, mereka mendakwa bahawa anak kecil Muhammad bin al-Hasan al-‘Askariy sebenarnya tidak mati. Bahkan dia berada di tempat persembunyian di atas bukit. Dan dia masih hidup sampai sekarang (kini sudah lebih 1000 tahun). Dan suatu hari nanti dia akan kembali memerintah dunia. Pada pegangan mereka, dia itulah al-Mahdi al-Muntazar. Mereka mendakwa juga bahawa Rasulullah s.a.w. telah berwasiat dengan menyebut nama-nama imam yang 12 itu, tetapi para sahabat menyembunyikannya. Kerana itulah mereka mengkafirkan para sahabat keseluruhannya atau memfasiqkan sebahagian daripada mereka. Alasannya ialah para sahabat telah menyembunyikan wasiat mengenai nama-nama imam mereka. Kemudian mereka memasukkan ke dalam Islam konsep perwarisan dalam sistem pemerintahan. Menurut mereka, imam mestilah dilantik dari kalangan anak lelaki yang sulung bermula daripada Ali bin Abi Talib diikuti dengan imam-imam selepasnya. Fahaman seperti ini, seperti sedia maklum, tidak ada dalam ajaran Islam. Sehingga negara-negara Islam yang diperintah oleh ahli sunnah yang mengamalkan sistem perwarisan seperti dinasti umayyah, ‘abbasiyyah, saljuqiyyah, ayubiyyah dan uthmaniyyah, mereka tidak pernah mendakwa bahawa perwarisan ini adalah ajaran agama. Mereka tidak pernah berkata bahawa khalifah mesti dilantik dari kalangan ahli keluarga tertentu sahaja.

Syi’ah juga telah memasukkan fahaman yang berasal dari ajaran Parsi mengenai masalah mentaqdis (memuja) ahli keluarga pemerintah. Mereka mendakwa imam-imam adalah maksum dan semua imam-imam yang telah disenaraikan nama-nama mereka itu terpelihara dari kesalahan dan dosa. Natijahnya mereka mengambil kata-kata imam itu seperti al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Bahkan kebanyakan kaedah-kaedah fiqh dan asas-asas perundangan mereka sekarang adalah berlandaskan kata-kata imam-imam mereka, sama ada kata-kata itu benar-benar pernah dilafazkan oleh imam-imam itu atau dinisbahkan kepada mereka secara palsu. Dan lebih daripada itu, al-Khomaini, pemimpin revolusi Iran telah menulis di dalam kitabnya ‘Al-Hukumah al-Islamiyyah” (kerajaan Islam): “…. Sesungguhnya antara asas penting dalam mazhab kita ialah: bagi imam-imam kita maqam (kedudukan) yang tidak dicapai oleh malaikat muqarrabin dan tidak dicapai oleh nabi yang mursal (yang diutus)!! Mereka sangat memusuhi semua sahabat (kecuali segelintir yang bilangannya tidak lebih dari 13 orang). Permusuhan ini termasuklah terhadap sebahagian daripada ahli bait seperti al-‘Abbas bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan puteranya Abdullah bin al-‘Abbas r.a. Dan sebab mereka memusuhi dan mengkafirkan dua beranak ini adalah perselisihan antara kumpulan Ithna ‘Asyariyyah dengan khilafah al-‘Abbasiyyah.

Antara bid’ah mereka juga, mereka menghukum kebanyakan negeri-negeri Islam sebagai negeri kafir. Mereka mengkafirkan penduduk Mekah dan Madinah, Syam dan Mesir. Mereka mengeluarkan kata-kata yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada agama. Kata-kata ini terdapat di dalam sumber rujukan mereka yang asli seperti al-Kafi, Bahr al-Anwar, Tafsir al-Qummiy, Tafsir al-‘Ayyasyi, al-Burhan dan lain-lain.

Ekoran dari itu mereka menolak semua ulamak sunnah. Mereka menolak kitab-kitab hadis dan sunnah yang sahih. Bagi mereka, tiada Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, dan an-Nasaei. Tiada Abu Hanifah, Malik, asy-Syafiei atau Ahmad bin Hanbal. Demikian juga, tidak ada pada mereka Khalid bin al-Walid, Sa’ad bin Abi Waqqas, Umar bin Abdul Aziz, Musa bin Nusair, Nurud-Din Mahmud, Salahud-Din, Qataz, Muhammad al-Fatih dan sebagainya.

Oleh kerana mereka telah menolak sahabat r.a., at-Tabi’in, kitab-kitab hadis dan tafsir, maka mereka berpegang dengan kata-kata yang nisbahkan kepada imam-imam mereka. Kata-kata itu dari segi periwayatannya amat-amat lemah. Lantaran itu juga lahir di kalangan mereka bid’ah–bid’ah yang munkar dengan begitu banyak sekali sama ada dalam bab akidah, ibadah, muamalah dan lain-lain. Bukan tujuan kita di sini untuk menghitung bid’ah mereka kerana itu memerlukan penulisan yang berjilid-jilid. Tujuan kita hanya sekadar untuk menunjukkan punca masalah sahaja agar senang bagi kita memahami natijah daripadanya. Sesungguhnya bid’ah yang dicetuskan oleh mereka tidak terhitung banyaknya. Antaranya taqiyyah, raj’ah, tuduhan yang mengatakan al-Quran diselewengkan, upacara memperingati hari syahidnya al-Husain bin Ali dan banyak lagi.

Apa yang diperkatakan di atas adalah sebahagian daripada fikrah firqah Ithna ‘Asyariyyah. Di sana terdapat banyak lagi firqah yang muncul pada masa itu, khususnya masa yang dikenali sebagai ‘hirah asy-syi’ah’ (kebingungan syi’ah) yang bermula pada pertengahan kurun ke tiga hijriyyah, selepas kewafatan al-Hasan al-‘Askariy (Imam mereka yang ke 12)

Bermula dari zaman itu lahirlah kitab-kitab dan karangan-karangan yang ditulis untuk memperteguhkan fikrah dan akidah mereka. Fahaman mereka tersebar dengan meluasnya di negeri Parsi khasnya dan di negeri-negeri Islam lain amnya. Namun tidak ada negara yang didirikan pada masa itu menjadikan fikrah ini sebagai asas kerajaannya secara rasmi. Tetapi pada akhir kurun ke 13 hijriyyah dan permulaan kurun ke 14, dengan beberapa kejadian dan perkembangan yang berlaku mereka dapat telah sampai ke tampok pemerintahan di sesetengah negara umat Islam.


Copyright @ 2013 Fahaman Terpesong.